Burger Homemade, Anak – Anak mesit suka 🍔
Burger Homemade, Anak – Anak mesi suka
Assalamulaikum , selamat beristirehat, Hari ini rasa malas nak keluar rumah , nak tak saya kongsi satu resepi mudah . Tak perlu keluar rumah pun boleh makan burger sedap! Burger homemade bukan saja jimat, tapi kita boleh letak extra cheese, double patty, atau apa saja yang kita suka. Lagi puas hati, kan?
Resepi asas pun mudah je — cuma perlukan daging kisar (ayam atau lembu), bawang putih, garam, lada hitam, dan sedikit serbuk roti. Gaul semua, bentukkan jadi patty, dan goreng atas pan sampai masak. Nak lagi umph? Bakar atas arang pun boleh!
Roti? Guna roti burger biasa pun dah cukup. Tambah salad, tomato, bawang besar, keju, sos cili dan mayo — wallaaa! Burger homemade siap untuk dimakan! Yang best, kita boleh ‘custom’ ikut selera sendiri. Nak buat versi pedas? Tambah cili sos special. Nak gaya Korea? Letak kimchi sikit! Janji puas hati.
Hari ini saya kongsikan bahan- bahan dan cara- cara untuk buat burger homemad

Bahan-bahan
Patty Daging: ( Ayam , Daging , Kambing Semua boleh Asalkan dah di cincang
- 250g daging cincang
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk paprika (optional)
- Daun Pasly
- Garam secukup rasa
Lain – Lain Bahan
- 2 biji roti burger
- 2 keping keju (jika suka) ( klu ada bajek mozarela cun )
- Daun salad
- Hirisan tomato
- Bawang besar (hiris bulat)
- Mayonis, sos cili, sos BBQ atau sos kegemaran anda
- Nenas Jeruk ( yang dalam tin tu )
Cara Buat:
1. Sediakan patty: Campur semua bahan patty dan bentukkan jadi leper mengikut saiz roti. klu nak mudah ambik je penutup bekes kuih raya tu tekap2 dah jadi
2. Masak patty: Goreng atas pan dengan sedikit minyak, 3-4 minit setiap sisi atau sampai masak.
3. Panaskan roti: Boleh bakar atas pan sekejap bagi rangup sikit.
4. Susun burger: Letak sos, patty, keju, salad, tomato & bawang ikut citarasa.
5. Siap! Sedia untuk dihidang panas.

Kalau belum pernah cuba buat sendiri, rugi tau! Sekali dah buat, mesti tak nak beli dah lepas ni. Try la buat bersama keluarga sambil sambil boleh pupuk kasih sayang . Selamat mencuba & selamat menjamu selera!
Kalau Kesuntukan Masa anda dating je ke Café Pak long Satay House

Kalau di Cafe Pak Long Satay Ni Burger Homemade ni datang sekali dengan kentang goreng dan salad.. Datang la cuba
Okey sampai jumpa lagi….
Jangan Lupa Share tau !!!! bye bye
